1

Powered by Blogger.

Blogger templates

RSS

Imbuhan Awalan

post date : 26.4.2012


Imbuhan Awalan
#  Digunakan untuk mengubah bentuk atau tugas.
#   Terdapat dalam beberapa bentuk:


AWALAN BER-
#  Terdiri daripada imbuhan ber- dan be-
#  Imbuhan ber- digunakan apabila bertemu dengan 
    semua kata dasar kecuali yang bermula dengan huruf r
#  Imbuhan be- digunakan apabila kata dasar bermula dengan huruf r
Contoh:
* beraja, berlakon, berumah


AWALAN MEN-
#  Boleh terbentuk dalam beberapa gaya, iaitu me- , men- , meng- , dan menge-
#  Imbuhan me- digunakan untuk menggabungkan kata dasar I, m, n, ng, ny, r, w, y
#  Imbuhan mem- untuk kata dasar yang bermula dengan huruf b
#  Imbuhan men- untuk kata dasar yang bermula dengan huruf c, d, j
#  Imbuhan meng- untuk kata dasar yang bermula dengan huruf g, gh, h, kh, a, e, i, o, u
#  Imbuhan menge- untuk kata dasar yang mempunyai satu suku kata
Contoh:
* menari, melawat, membakar, menjahit, menggaru


AWALAN DI-
#  Imbuhan ini digunakan untuk membentuk kata kerja
     pasif dan menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif
Contoh:
* dirakam, digali, dirawat, ditekan


AWALAN TER-
#  Digunakan untuk menunjukkan pelbagai maksud
#  Menjadi imbuhan te- jika digabungkan dengan kata dasar yang bermula huruf r, r yang berikutnya digugurkan
Contoh:
* tersepak, tertikam, terasa, terakam


AWALAN PEN-
#  Terdiri daripada pe-, pem-, pen-, peng-, dan penge-
#  Imbuhan pe- digunakan pada kata dasar bermula dengan huruf l, m, ng, ny, w
#  Imbuhan pem- digabungkan dengan kata dasar c, d, j, sy, z
#  Imbuhan peng- untuk kata dasar yang bermula dengan huruf g, h, kh, a, e, i, o, u
#  Imbuhan penge- untuk kata dasar satu suku kata
Contoh:
* pelakon, pembunuh, pendakwah, pengganas, pengelap


Contoh ayat:
-->  Pembunuh itu berjaya diberkas oleh polis.
-->  Penyanyi itu sedang menyanyi.
-->  Dia ternampak kejadian kebakaran semalam.
-->  Pasukan pelawat mendahului perlawanan.




Latihan
Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.


*sekeluarga, terangkat, berjuang, kedua, mendayung, penghibur*

  1. Setiap pagi Pak Atan ____________ sampan ke laut.
  2. Angkatan Tentera Malaysia  ____________ untuk menjaga keamanan negara.
  3. Aktiviti Larian Mesra turut disertai oleh Encik Tong  ____________.
  4. Chee Chuan memenagi tempat  ____________ dalam pertandingan mewarna.
  5. Buku yang tebal itu tidak  ____________ oleh adik.
  6. Pesta flora dan fauna itu turut diserikan dengan nyanyian daripada  ____________ terkenal.




Contoh Jawapan:
1.  mendayung    2.  berjuang   3.  sekeluarga   4.  kedua   5. terangkat   6.  penghibur

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Andrea said...

latihan ini banyak membantu dalam process pembelajaran...

Post a Comment