1

Powered by Blogger.

Blogger templates

RSS

Latihan Pemahaman

post date : 26.4.2012


Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

    Aktiviti ko-kurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum di sekolah yang penting dalam memberi sumbangan penting terhadap penyuburan fizikal, mental, emosi, dan sosial pelajar. Meskipun kegiatan kokurikulum ini telah dianggap sesuatu yang penting, tetapi penglibatan pelajar agak mengecewakan. Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan pelajar tidak mahu melibatkan diri mereka dalam aktiviti ini. Sikap tidak acuh pelajar ini menyebabkan kerajaan mewajibkan kegiatan ini dan menjadi syarat untuk pemilihan ke universiti.
    Pelajar yang terlibat dalam kokurikulum dapat menyihatkan tubuh badan mereka melalui peluh yang keluar yang dapat menghilangkan toksik badan. Kegiatan yang dijalankan itu mampu mengalih fikiran pelajar sejenak daripada tekanan yang dihadapi semasa belajar yang penuh dengan penghafalan dan latihan. Jadi, ternyatalah minda mereka dapat berehat sebentar apabila  melakukan sesuatu aktiviti yang berbeza seperti kegiatan kokurikulum.
    Selain itu, pelajar turut dapat meningkatkan tahap keyakinan keyakinan mereka melalui aktiviti seperti ini. Kokurikulum menyediakan sebuah 'medan' yang sesuai kepada para pelajar untuk memimpin dan mengetuai sesuatu pertubuhan. Suasana ini dapat membangkitkan suatu keyakinan mereka terhadap kemampuan mereka dalam aspek-aspek tertentu.
    Tambahan pula, aktiviti kokurikulum dapat membuka minda dan mata pelajar tentang erti persahabatan dan pengaulan. Mereka akan bertemu dengan orang yang berbeza dalam menjalankan aktiviti kokurikulum itu. Malahan dapat mengenali sikap sebenar terutama apabila menghadapi masalah dalam menganjurkan sesuatu aktiviti dan dapat mengenali erti persahabatan sejati yang mereka tidak dapat peroleh di luar.
    Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum haruslah disertai oleh semua pelajar tanpa sebarang masalah. Kegiatan ini juga tidak seharusnya dianggap sebagai penghalang kemajuan mereka dalam peperiksaan dan menyalahkan aktiviti kokurikulum sekiranya mereka tidak memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Pelajar seharusnya melihat perkara ini sebagai salah satu proses pembelajaran yang harus dijalani oleh setiap pelajar sebagai sebahagian daripada kehidupan kita sebagai manusia.




1.  Di manakah aktiviti kokurikulum dijalankan?
          A  Pejabat          B  Taman permainan          C  Rumah          D  Sekolah


2.  Peluh yang keluar dapat
          A  mengenali erti persahabatan sejati.
          B  memperoleh keputusan cemerlang.
          C  menghilangkan toksik badan.
          D  membangkitkan suatu keyakinan


3.  Apakah syarat untuk pemilihan ke universiti?
          A  Keputusan cemerlang
          B  Pencapaian sukan
          C  Penghafalan
          D  Pencapaian kokurikulum


4.  Apakah 'medan' yang disediakan dalam kokurikulum yang sesuai kepada para pelajar?
          A  Untuk memperoleh keputusan cemerlang.
          B  Untuk membangkitkan sesuatu keyakinan mereka terhadap 
               kemampuan mereka dalam aspek-aspek tertentu
          C  Untuk memimpin dan mengetuai sesuatu pertubuhan.
          D  Untuk membuka minda dan mata pelajar tentang erti persahabatan dan pergaulan.


5.  Mengapakah kerajaan mewajibkan kegiatan kokurikulum dan menjadi syarat untuk pemilihan ke universiti?
          A  kerana pelajar bergiat aktif
          B  kerana sikap tidak acuh pelajar
          C  kerana penglibatan pelajar agak mengecewakan
          D  kerana pelajar tidak mahu melibatkan diri mereka dalam aktiviti kokurikulum




Jawapan
1.  D     2.  C     3.  D     4.  C     5.  B

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment