post date: 27.4.2012
IMBUHAN AKHIRAN
# Terdiri daripada tiga jenis:
Akhiran -AN
# Apabila digabungkan dengan kata dasar akan membentuk kata nama terbitan.
Contoh:
*makanan, senaman, alatan, rakaman
Akhiran -KAN
# Akan membentuk kata kerja
Contoh:
*letakkan, alihkan, belikan
Akhiran -I
# Akan membentuk kata kerja
Contoh:
*rahmati, selidiki, rapati
Contoh Ayat:
@ Tolong letakkan barang ini di sana.
@ Semua masalah perlulah kita atasi sebaik mungkin.
Latihan
Pilih jawapan yang betul.
- Ah Chee melanggani mejalah Anjung Seri secara __________ .
A mingguan
B malaman
C bulanan
D harian - Jalan itu kami __________ untuk mengelakkan kemalangan berlaku.
A baiki
B ubati
C penuhi
D biayai - Emak menyuruh abang __________ radio kerana adik sedang tidur.
A perlahankan
B buangkan
C rosakkan
D gerakkan - Bayi itu tidur di dalam __________.
A buaian
B mainan
C ampaian
D pandangan - __________nya sentiasa kemas dan bersih.
A Mainan
B Pakaian
C Minuman
D Makanan - __________ itu menyebabkan budak itu menangis teresak-esak.
A Makanan
B Suntikan
C Cubitan
D Tiupan
Jawapan:
1. C 2. A 3. A 4. A 5. B 6. B
6 comments:
i find this really helpful for revision!!!
good exerise!
Hi, boleh tolong explain the kesalahan imbuhan?
1) Penuri itu larikan diri apabila dikepong oleh polis.
2) Pencuri itu melarikan diri apabila dikepong oleh polis.
Tarikh isu diselai or Tarikh isu diselesaikan? Please help. I am confused between these two.
I love ittttttt
freak
Post a Comment