1

Powered by Blogger.

Blogger templates

RSS

Imbuhan Akhiran

post date: 27.4.2012


IMBUHAN AKHIRAN
#  Terdiri daripada tiga jenis:


Akhiran -AN
#  Apabila digabungkan dengan kata dasar akan membentuk kata nama terbitan.
Contoh:
*makanan, senaman, alatan, rakaman


Akhiran -KAN
#  Akan membentuk kata kerja
Contoh:
*letakkan, alihkan, belikan


Akhiran -I
#  Akan membentuk kata kerja
Contoh:
*rahmati, selidiki, rapati


Contoh Ayat:
@  Tolong letakkan barang ini di sana.
@  Semua masalah perlulah kita atasi sebaik mungkin.




Latihan
Pilih jawapan yang betul.


  1. Ah Chee melanggani mejalah Anjung Seri secara __________ .
       A  mingguan
       B  malaman
       C  bulanan
       D  harian
  2. Jalan itu kami __________ untuk mengelakkan kemalangan berlaku.
       A  baiki
       B  ubati
       C  penuhi
       D  biayai
  3. Emak menyuruh abang __________ radio kerana adik sedang tidur.
       A  perlahankan
       B  buangkan
       C  rosakkan
       D  gerakkan
  4. Bayi itu tidur di dalam __________.
       A  buaian
       B  mainan
       C  ampaian
       D  pandangan
  5. __________nya sentiasa kemas dan bersih.
       A  Mainan
       B  Pakaian
       C  Minuman
       D  Makanan
  6. __________ itu menyebabkan budak itu menangis teresak-esak.
       A  Makanan
       B  Suntikan
       C  Cubitan
       D  Tiupan

Jawapan:
1. C     2. A     3. A     4. A     5. B     6. B

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 comments:

蓝凝 said...

i find this really helpful for revision!!!

hebe toh said...

good exerise!

Iceberry said...

Hi, boleh tolong explain the kesalahan imbuhan?
1) Penuri itu larikan diri apabila dikepong oleh polis.
2) Pencuri itu melarikan diri apabila dikepong oleh polis.

Unknown said...

Tarikh isu diselai or Tarikh isu diselesaikan? Please help. I am confused between these two.

Unknown said...

I love ittttttt

Unknown said...

freak

Post a Comment