post date : 14.4.2012
- Ayat Majmuk ialah ayat yang mempunyai lebih daripada satu subjek atau predikat.
- Ayat majmuk biasanya menggabungkan dua atau lebih ayat tunggal.
- Kata hubung digunakan untuk menggabungkan ayat-ayat ini.
Contoh :
tetapi , dan , ambil , lalu , yang , untuk , dan bahawa. - Contoh ayat :
(a) Chin menonton televisyen. (ayat tunggal )
(b) Chin makan kacang. (ayat tunggal )
(c) Chin menonton televisyen sambil makan kacang. (ayat majmuk)
Isi tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai bagi membentuk ayat majmuk.
- Adik __________ abang bermain bola di padang.
- Kami sekeluarga bercuti di kampung __________ menziarahi saudara-mara.
- Lai Chun belum membuat keputusan sama ada ingin membeli tiket bas __________ tiket kereta api untuk kakaknya.
- Samy menyanyi __________ adiknya memetik gitar.
- Min Seng menikmati pemandangan si tepi pantai __________ menanti ketibaan kawannya.
* dan * manakala * atau * sambil * sementara *
0 comments:
Post a Comment