1

Powered by Blogger.

Blogger templates

RSS

Ayat Perintah

post date : 18.4.2012
  • Ayat Perintah digunakan untuk melarang, menyuruh, meminta, menjemput atau mengarah seseorang daripada melakukan sesuatu.
  • Kata perintah seperti tolong, jangan, sila dan jemput digunakan bagi mengukuhkan ayat.
  • Contoh ayat:
      i.     Jangan meludah di sini.
      ii.    Silakan makan kuih ini.
      iii.   Tolong belikan saya sebuku roti.
Latihan :
Lengkapkan ayat perintah di bawah.
  1. Tolong sampaikan _________________________________.
  2. Janganlah usik ____________________________________.
  3. Jagalah keselamatan _______________________________.
  4. Berikan nota  _____________________________________.
  5. Lukiskan _________________________________________.
  6. Buangkan kota ini _________________________________.
  7. Simpankan wang kamu ____________________________.
  8. Silalah masuk  ____________________________________.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bahasa Melayu Tahun 5

post date : 17.4.2012

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

RANCANGAN PENGAJARAN HARI BAHASA MELAYU TAHUN 5

post date : 17.4.2012

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU



Tarikh                           : 10-04-2012
Masa                            :  8.25a.m.-8.55a.m.
Tahun                           :  5E
Bilangan murid           : 38orang
Matapelajaran             : Bahasa Melayu
Tema /Tajuk                :  Sekolah
Sub tajuk                      : Aktiviti di bilik darjah
Pengetahuan Sedia Ada:
 - Murid pernah membaca petikan berbentuk cerita semasa tahap 1.
 - Murid pernah melihat sendiri atau mengunjungi bilik darjah sekolah .
Hasil Pembelajaran     Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat:
i.      mentafsir gambar serta meneliti gambar dengan lebih terperinci dan tersusun.
ii.     menyenaraikan sekurang-kurangnya 5 kata kerja berpandukan gambar.
iii.    mengembangkan kata kerja hingga menjadi ayat yang lengkap.
iv.    menambah dan meluaskan pengetahuan murid dalam perbendaharaan kata, perkembangan bahasa dan tulisan.
Fokus Utama              :
 8.1 Membina  dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.



Aras 3 ( i )  
Membina ayat majmuk dan ayat tunggal dengan peluasan subjek dan predikat.

Fokus Sampingan       :
8.1  Membina  dan menulis perkatan, ayat tunggal dan ayat majmuk.
Aras 2 ( i )
 Membina ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung.
Sistem Bahasa :
Tatabahasa     : Kata kerja
Kosa kata        :menyapu,menyusun,menghias,mengelap,menampalmemadam
Pengisian Kokurikulum :  
i)  Ilmu                               : Pendidikan Moral, Pendidikan Kesihatan
ii) Nilai murni                     : Kebersihan, menjaga keselamatan diri, kerjasama,
iii ) Penggabungjalinan      : Aspek tatabahasa dan kosa kata                              .
 Kemahiran Bernilai Tambah :
1.       Kemahiran Berfikir – Menjana idea, mengenal pasti, menyenarai
2.       Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
3.       Kemahiran Belajar Cara Belajar – membina maklumat
4.       Kemahiran melihat, mendengar, bertutur, menulis
Bahan Bantu Mengajar :
Rujukan URL: (slaid/power point), LCD, laptop, video klip, skrin, lembaran kerja

LANGKAH /MASA

ISI PELAJARAN

AKTIVITI P&P

CATATAN
Set induksi
(4 minit)
Guru menayangkan video klip yang menggambarkan situasi di bilik darjah. Berdasarkan tayangan, guru menanyakan beberapa soalan :

1. Adakah kamu menonton wayang di pawagam?
2. Apakah yang dilakukan oleh murid-murid dalam gambar?
3. Di manakah aktiviti dalam gambar ini  berlaku?

Lampiran 1:
      1.    Guru menayangkan video klip yang berkaitan dengan taman permainan dan bersoal jawab tentangnya.

      2.    Guru mengaitkannya dengan kemahiran membina ayat berdasarkan gambar yang bertajuk Bilik Darjah Sekolah.
ABM :
laptop, skrin

Kemahiran :
melihat, mendengar dan bertutur.

Verbal Linguistik : Rujukan -\\www.youtube.Aktiviti bilik darjah.

Langkah 1
( 5 minit) 

Menyenaraikan kata kerja berdasarkan gambar yang dipaparkan melalui skrin.

      1.    Menyapu
      2.    Menghias
      3.    Menyusun
      4.    Menampal
      5.    Mengelap


Lampiran 2 :

Slaid power point








      1.    Guru mempamerkan slaid power point tentang suasana di bilik darjah.

      2.    Guru meminta murid menyenaraikan kata kerja berpandukan gambar pada slaid.

      3.    Murid memberikan sekurang-kurangnya 5 kata kerja.

      4.    Guru memberi respon terhadap semua jawapan murid.

      5.    Guru menghuraikan nilai yang sesuai yang diterapkan dalam gambar.

ICT Konstruktivisme Interpersonal

Verbal Linguistik

BBM :
Slaid power
point, laptop



Kemahiran:

Melihat dan berfikir, mengenal pasti

Nilai :
Menjaga keselamatan diri, menjaga kebersihan

 Sistem bahasa:
Tatabahasa (morfologi) – kata kerja






Langkah 2
( 7 minit)

      1.    Guru meminta murid mengikut langkah pelaksanaan 5W1H untuk membina ayat yang lengkap.


5W1H
MAKLUMAT
WHO
Ah Ming /murid lelaki /murid perempuan  / ketua darjah/Mei Ling
Aminah /
WHAT
menyapu / menghias /
menyusun /
mengelap / memadam
When
Pada waktu rehat
WHERE
Di bilik darjah
WHY
Supaya kelihatan bersih /
Agar kelihatan kemas
HOW
Menggunakan kain/menggunakan penyapu
 

      1.    Guru mempamerkan jadual maklumat yang telah dibuat.

      2.     Guru menyoal menggunakan kaedah 5W1H.

      3.    Guru membantu dan membimbing murid untuk menaip jawapan mereka pada jadual yang telah disediakan.

      4.    Guru membantu dan membimbing murid untuk menulis jawapan pada jadual.










ICT

Sistem Bahasa
Tatabahasa (morfologi) – kata kerja, kata nama

Teknik 5W1H:
bertanya dan menjawab

KBKK:
Menjana idea















Langkah 3
( 10 minit) 

Pembentukan kumpulan

Membina ayat berdasarkan gambar.

CONTOH JAWAPAN

      1.    Seorang murid lelaki sedang mengelap tingkap bilik darjah yang kotor dengan sehelai kain.

      2.    Dua orang murid lelaki menyusun kerusi dan meja agar kelihatan kemas dan bersih.

      3.    Ketua darjah sedang menghias meja guru dengan sejambak bunga.

      4.    Mei Ling dan Aminah sedang menyapu lantai bilik darjah agar kelihatan bersih.

      5.    Seorang murid lelaki yang tinggi sedang memadam papan supaya kelihatan bersih.

      6.    Dua orang murid perempuan sibuk menampal hasil kerja mereka pada papan kenyataan.


      1.    Murid diminta berbincang di dalam kumpulan untuk membina ayat berdasarkan gambar.

      2.    Guru mengedarkan gambar yang sama seperti slaid kepada murid.


      3.    Guru meminta murid membina dan menulis ayat berdasarkan gambar menggunakan teknik 5W1H.

      4.    Setiap wakil kumpulan menulis jawapan pada kertas majung.


      5.    Guru menyemak jawapan murid sambil memberi tunjuk ajar kepada murid.




KBKK:
Menjana idea, mendengar, menulis

Nilai :
Bekerjasama dalam kumpulan , berusaha dan rajin


Belajar cara belajar :
Membina maklumat

ABM:
-kertas ,pen

BBM:
-lembaran kerja bina ayat














Penutup
(4 minit)


Memberi tugasan yang berkaitan dengan membina ayat berdasarkan gambar tunggal sebagai latihan pengukuhan di rumah.


LAMPIRAN 3

Soalan latihan pengukuhan di rumah .


Penutup kognitif:
             rumusan pelajaran
Penutup sosial :
 pujian dan motivasi




      1.    Guru memberi pujian dan motivasi atas penglibatan murid semasa aktiviti  dijalankan.

       2.    Guru membuat rumusan tentang isi-isi penting untuk tajuk hari ini.

       3.    Guru meminta murid membaca ayat yang telah dipelajri.

       4.    Guru mengedarkan latihan pengukuhan kepada semua murid.



Nilai :
Kerjasama

Kemahiran mendengar 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ayat Penyata

post date : 17.4.2012
  • Ayat Penyata ialah ayat yang disampaikan untuk menyatakan atau menerangkan sesuatu maksud.
  • Ayat penyata biasanya menyatakan atau menerangkan tentang perbuatan, adjektif, atau keadaan.
  • Contoh ayat : 
      i.   Mereka sedang mandi di sungai.
      ii.  Bas itu menuju ke Kelantan.
Latihan : 
Susun perkataan-perkataan di bawah supaya menyadi ayat yang betul.
  1. suka # Adik # membaca # Dewan Pelajar # majalah # Saya
    _________________________________________________________
  2. kolam # banyak # terdapat # Di dalam # itu # ikan
    _________________________________________________________
  3. bunga # kerana # pecah # itu # kucing # dilanggar # Pasu # oleh
    _________________________________________________________
  4. komputer # bermain # Chong # pada # masa lapang
    _________________________________________________________
  5. guru # dimarahi # Raju # kerana # mencuri # oleh # buku
    _________________________________________________________
  6. bersenam # semasa # kasut # sukan #memakai # Musa
    _________________________________________________________
  7. di # Universiti Malaya # Kai Loong # menuntut
    _________________________________________________________
  8. pemborong # kepada # Pak Mat # kebunnya # hasil # menjual
    _________________________________________________________

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ayat Tanya

post date : 15.4.2012
  • Ayat Tanya ialah ayat yang digunakan untuk bertanyakan sesuatu.
  • Ayat tanya diakhiri dengan tanda tanya ( ? ).
  • Ayat tanya menggunakan kata tanya seperti siapa,apa,bila,mengapa,bagaimana,berapa,dan sebagainya.
  • Ayat tanya boleh juga disertai pleh partikel '-kah'.
  • Contoh ayat:
      i.     Siapakah nama ayah kamu?
      ii.    Mengapakah kamu menangis?
      iii.   Bilakah kamu akan pergi ?


Latihan :
Lengkapkan ayat di bawah dengan kata tanya yang diberi.

  1. __________ terletaknya Pusat Sains Negara?
  2. __________ kamu adik Ahmad?
  3. __________ kamu akan balik ke Malaysia?
  4. __________ budak-budak itu berdiri di luar bilik darjah?
  5. __________ yang pakai cermin mata hitam itu?
  6. __________ lamakah kamu hendak tinggal di sana?
  7. __________ keadaan datuk kamu sekarang?
  8. __________ acara yang akan dijalankan seterusnya?

@ Adakah @ Apakah @ Siapakah @ Bagaimanakah @
@ Berapa @ Mengapakah @ Bilakah @ Di manakah @

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ayat Majmuk

post date : 14.4.2012
  • Ayat Majmuk ialah ayat yang mempunyai lebih daripada satu subjek atau predikat.
  • Ayat majmuk biasanya menggabungkan dua atau lebih ayat tunggal.
  • Kata hubung digunakan untuk menggabungkan ayat-ayat ini.
    Contoh : 
              tetapi , dan , ambil , lalu , yang , untuk , dan bahawa.
  • Contoh ayat :
         (a) Chin menonton televisyen. (ayat tunggal )
         (b) Chin makan kacang. (ayat tunggal )
         (c) Chin menonton televisyen sambil makan kacang. (ayat majmuk)


Latihan : 
Isi tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai bagi membentuk ayat majmuk.

  1. Adik __________ abang bermain bola di padang.
  2. Kami sekeluarga bercuti di kampung __________ menziarahi saudara-mara.
  3. Lai Chun belum membuat keputusan sama ada ingin membeli tiket bas __________ tiket kereta api untuk kakaknya.
  4. Samy menyanyi __________ adiknya memetik gitar.
  5. Min Seng menikmati pemandangan si tepi pantai __________ menanti ketibaan kawannya.

* dan  * manakala  * atau  * sambil  * sementara *

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

post date : 13.4.2012


video klip --- bilik darjah
oleh yokkimlee 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

P & P

post date : 13.4.2012
Penggunaan komputer dalam P&P saya.
Saya sedang mengajar penulisan bahasa cina dengan komputer.

Saya sedang membimbing murid yang kurang mahir dalam penggunaan komputer.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kata Hubung

post date : 13.4.2012
  • Kata Hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menghubungkan atau menggabungkan kata, frasa, atau ayat agar menjadi ayat yang bermakna.
  • Contoh dan penggunaannya : 
         (a) dan - menghubungkan subjek dan predikat
         (b) atau - menunjukkan sesuatu pilihan
         (c) tetapi - untuk menunjukkan makna yang berlawanan
         (d) lalu - untuk menunjukkan perbuatan yang dilakukan secara berturut-turut
         (e) sambil - untuk menunjukkan perbuatan yang dilakukan pada masa yang sama
         (f) kerana - untuk menjelaskan sesuatu fasal
  • Contoh ayat :
         i.    Ali dan Abu berkawan baik.
         ii.   Kamu hendak kek atau kuih?
         iii.  Saya menulis sambil menggoyangkan kaki.

Latihan : 
Bulat jawapan yang betul.


  1. Baju itu menjadi kotor _______ terjatuh ke dalam longkang.
    A  sambil            C  tetapi
    B  kerana            D  supaya
  2. _______ Shahril masih kecil, dia mampu berpuasa selama sebulan.
    A  Sambil           C  Walaupun
    B  Supaya          D  Jika
  3. Xiao Ling bersiap awal _______ tidak ketinggalan bas.
    A  dan               C  tetapi
    B  atau              D  supaya
  4. Kita akan ketinggalan _______ tidak berusaha dari sekarang.
    A  jika                C  kerana
    B  supaya          D  agar
  5. Rozita menjadi sombong _______terpilih sebagai pelajar terbaik.
    A  dan               C  sejak
    B  atau              D  sambil
  6. Lim menjemput semua rakan sedarjahnya _______ saya.
    A  sejak              C  tetapi
    B  walaupun       D  kecuali
  7. Emak mengunci pintu sebelum keluar rumah _______ tidak dimasuki pencuri.
    A  agar               C  kerana
    B  lalu                D  tetapi
  8. Pak Cik Karim menoreh getah setiap hari _______ pada hari hujan.
    A  walaupun        C  kecuali
    B  malahan          D  sambil

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ayat Seruan

post date : 12.4.2012
  • Ayat Seruan digunakan untuk menyatakan perasaan seperti gembira,marah,takut,terkejut,dan sebagainya.
  • Ayat seruan akan diakhiri dengan tanda seru ( ! ) .
  • Ayat seruan akan menggunakan kata seru di awal ayat.
  • Contoh kata seru dan penggunaannya
         (a) Aduh - untuk menyatakan perasaan sakit.
         (b) Aduhai - untuk penyataan perasaan sedih atau hampa
         (c) Amboi - untuk menyatakan perasaan hairan atau mengejek
         (d) Cis - untuk menyatakan perasaan marah,benci atau jijik
         (e) Hai - untuk menegur seseorang atau menarik perhatian
         (f) Nah - untuk menyatakan perasaan memberikan sesuatu dengan marah
         (g) Oh - untuk menunjukkan perasaan terkejut,hairan,atau kecewa
         (h) Wah - untuk menyatakan perasaan terkejut,hairan,kagum atau gembira
         (i) Wahai - untuk menyatakan perasaan memberikan sesuatu dengan marah
         (j) Syabas - untuk menyatakan perasaan gembira dan mengucapkan tahniah
  • Contoh ayat :
         i.    Amboi,mahal sungguh baju ini !
         ii.   Cis,kurang ajar sungguh budak ini !


Latihan:
Padankan.

  1. Cis ,          :               : ini wang kamu !
  2. Wah ,        :               : berani engkau menumbuk aku !
  3. Nah ,         :               : baru saya teringat !
  4. Aduh ,       :               : indahnya pantai di Malaysia !
  5. Oh ,           :               : lama kita tidak berjumpa !
  6. Syabas ,    :              : sengalnya kakiku ini !
  7. Hai ,          :               : malang sungguh nasibku !
  8. Aduhai ,    :               : kamu telah berjaya !

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kata Kerja

post date : 11.4.2012
  • Kata Kerja ialah perkataan yang merujuk kepada perbuatan atau perlakuan yang dilakukan oleh manusia, haiwan, atau benda.
  • Kata Kerja terdiri daripada 2 jenis, iaitu :
             
    (a) Kata Kerja Transitif
              (b) Kata Kerja Tak Transitif
  • Kata Kerja Transitif mesti disertai oleh subjek/pembuat dan objek, iaitu kata nama.
    Contoh:
             
    (a) Ibu menanam bunga.
              (b) Kenny membaca surat khabar.
  • Kata Kerja Tak Transitif tidak memerlukan objek dan boleh berdiri dengan sendiri.
    Contoh: 
             
    (a) Chong Ming bersenam.
              (b) Hui Chen terjatuh.
  • Kata Kerja Tak Transitif boleh diikuti dengan keterangan.
    Contoh:
             
    (a) Chong Min bersenam di padang.
              (b) Hui Chen terjatuh dari atas pokok.


Latihan:
# Bina ayat dengan menggunakan kata kerja transitif yang diberikan.

  1. memeluk : 
  2. dilawat : 
  3. menziarahi :
  4. dipamer :
  5. menjemur : 
# Gariskan kata kerja tak transitif yang sesuai.

  1. Ayam jantan ( berkokok , mengembek ) pada waktu pagi.
  2. Chee Ken ( tidur , bangun ) awal pada waktu pagi.
  3. Air sungai itu ( turun , mengalir ) dengan deras.
  4. Nyamuk ( beranak , membiak ) di dalam air yang bertakung.
  5. Bendera-bendera itu ( berkibar , terbang ) ditiup oleh angin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

RANCANGAN TAHUNAN BAHASA MELAYU TAHUN 5

post date : 10.4.2012

https://docs.google.com/open?id=0B_0N-C20zmqubXBhck1iNnhvVU0

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ayat Tunggal

post date : 10.4.2012

✿ Ayat Tunggal ialah ayat yang terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Subjek ditulis sebelum predikat. 

Contoh : 

  • Bapa memetik sayuran di kebun
  • Burung itu terbang di udara
Latihan : 
Tuliskan angka dalam kurungan.
  1. Kamus itu                             (     )  jatuh berkecai
  2. Hidangan di atas meja         (     )  sungguh pahit
  3. Baju itu                                 (     )  rumah teres
  4. Gelas itu                               (     )  sangat tabal
  5. Rumah Nancy                      (     )  berbentuk bujur
  6. Bola ragbi                            (     )  sungguh lazat
  7. Perempuan itu                     (     )  kakak saya
  8. Sayur peria itu                     (     )  sudah koyak

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

A touching story about how everyone learned a lesson.

post date : 9.4.2012

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

post date : 2.4.2012

RPH BAHASA MELAYU TAHUN 5

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

post date : 2.4.2012

sukatan pelajaran Bahasa Melayu sjk Tahun 5
http://www.scribd.com/doc/487859/B-Melayu-Tahun-5-SJK-1

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS